Kamis, 04 September 2008

Siapakah Kita

Siapakah orang yang tangisan airmatanya mutiara? orang-orang yang sedang menyendiri lantas mengingat akan kebesaran Allah dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang hanya sementara.

Siapakah orang yang miskin? orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan senantiasa menumpuk-numpuk hartanya.

Siapakah orang yang pandai? orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat adalah kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh? orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? orang-orang yang senantiasa memperbanyak ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya suatu perkara.

Siapakah orang yang gila itu? orang yang tidak sembahyang, kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan seorang meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak akalnya tidak sehat.

Siapakah orang yang rugi? orang yang sudah sampai setengah usianya namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dan kuburnya akan di luaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi sesak? orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

1 komentar:

Global Future mengatakan...

Beautiful pictures.
Nice blog.

Please visit:

http://camera-world.blogspot.com

Keep blogging.
Let's share to the world.